TOKYO 27 Mac – Seorang pencuri yang memecah masuk sebuah kedai ramen di Jepun baru-baru ini tidak melarikan wang tunai sebaliknya hanya mencuri 130 biji telur rebus.
Portal Asia One melaporkan, pemilik kedai berkenaan hanya menyedari kejadian pelik tersebut ketika mahu membuat persediaan untuk menjalankan perniagaan.
Yang lebih luar biasa, wang tunai yang terdapat di kaunter bayaran kedai berkenaan tidak disentuh langsung.
Memuatkan artikel berkaitan…
DIsebabkan telur rebus tersebut adalah bahan penting dalam perniagaan ramennya, pemilik kedai tersebut terpaksa menutup kedainya sehari bagi mendapatkan stok tambahan. -AGENSI











