Pencemaran toksik:92 tadika, taska ditutup - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:92 tadika, taska ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 14 Mac – selain 111 sekolah yang diarahkan tutup bermula hari ini, sebanyak 92 buah tadika dan taska di kawasan terjejas juga telah mengambil tindakan sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, langkah itu bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa pencemaran Sungai Kim Kim.

“Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Johor, tadika dan taska yang diarahkan tutup adalah 64 tabika, satu taska di kawasan Parlimen Pasir Gudang; 25 tabika, satu taska di Parlimen Tebrau dan 1 tabika di Parlimen Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu katanya, penduduk perlu lebih peka dengan persekitaran dan mengikut arahan pihak berkuasa daripada masa ke semasa memandangkan usaha melakukan pembersihan pencemaran toksik itu sudah pun dimulakan.

Katanya, memandangkan kesan pencemaran tersebut agak berisiko tinggi terhadap kesihatan, penting untuk mendapatkan rawatan awal di hospital seandainya terdapat sebarang kesan akibat terdedah kepada pencemaran sisa bahan kimia tersebut.

“Seramai 426 petugas dari 19 jabatan dan agensi kerajaan telah ditempatkan bagi memastikan kawalan insiden ini berada pada tahap terbaik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini