Pencemaran: Polis tingkat rondaan di sekitar Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Pencemaran: Polis tingkat rondaan di sekitar Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menambah jumlah kekerapan rondaan bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rumah yang ditinggalkan oleh penduduk sekitar Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, walaupun polis menambah kekerapan kereta peronda, orang ramai diingatkan agar memaklumkan kepada balai polis berdekatan sebelum pulang ke kampung atau bercuti.

“Orang ramai boleh mengisi borang balik kampung di balai berdekatan atau membuat pendaftaran secara atas talian di Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Khalil turut menasihati orang ramai agar memeriksa suis utama utiliti ditutup dan rumah dikunci sebelum meninggalkan rumah.

“Saya juga nasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga di rumah sebaliknya membawanya bersama,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan kejadian pecah rumah di kawasan Pasir Gudang.

Penduduk sekitar Pasir Gudang mengambil peluang cuti sekolah selepas arahan penutupan seluruh sekolah ekoran insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Tinjauan Bernama beberapa rumah berkunci di sekitar Taman Pasir Putih, Kampung Bukit Pulai, Kota Masai dan beberapa kawasan berdekatan Sungai Kim Kim. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini