Pencemaran: Jurugambar Kumpulan Utusan mangsa terbaharu babitkan petugas media - Utusan Malaysia

Pencemaran: Jurugambar Kumpulan Utusan mangsa terbaharu babitkan petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jurugambar Kumpulan Utusan yang bertugas di biro Johor, Nur Aisyah Mazalan menjadi mangsa terbaharu pencemaran Kimia di Sungai Kim Kim.

Nur Aisyah, 30, dilaporkan menerima rawatan di zon kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini selepas mengalami simptom seperti kemerahan mata dan batuk-batuk.

Difahamkan, Nur Aisyah kini masih menunggu keputusan ujian darah dan berada dalam keadaan lemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nur Aisyah yang membuat liputan sejak hari pertama insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu sebelum ini pernah menerima rawatan awal di pusat saringan yang terletak di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.

Terdahulu, beberapa wartawan di negeri ini yang membuat liputan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim turut mengalami simptom sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini