Pemuzik jalanan adiwira tarik perhatian - Utusan Malaysia

Pemuzik jalanan adiwira tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pelbagai cara dilakukan untuk mencari rezeki dalam mengharungi kehidupan di ibu kota.

Namun dua pemuda, Nazip Ibrahim, 35, dan rakannya, Haris Ahmad, 27, menarik perhatian pengunjung di KLCC di sini apabila mencari rezeki menjadi pemuzik jalanan sambil memakai kostum adiwira.

Menurut Nazip, mereka menjalankan aktiviti itu di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.

Dia yang berasal dari Sabah itu mula menjadi pemuzik jalanan sejak tiga tahun lalu sebagai mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan di ibu kota.

“Hasil aktiviti ini saya memperoleh pendapatan sebanyak RM800 dengan menghiburkan orang ramai di lokasi-lokasi tumpuan sekitar Lembah Klang.

“Selain itu, kami juga ada menerima tempahan oleh pelanggan untuk majlis keraian atau sambutan hari jadi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain KLCC, antara lokasi tumpuan Nazip dan rakannya membuat persembahan Kompleks Beli-Belah Avenue K, Kompleks Beli-Belah Wangsa Walk, Kompleks Beli-Belah IOI Mall di Puchong dan Pasar Raya Tesco Ampang.

Nazip yang bertugas sebagai polis bantuan sebuah agensi pengangkutan berkata, dia melakukan aktiviti itu pada hujung minggu selepas waktu bertugas.

Menurutnya, aktiviti itu dilakukan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan memperuntukkan selama dua jam untuk membuat persembahan bermula pukul 6 petang hingga 2 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN