SINGAPURA 28 Mac – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya pada minggu pertama April bagi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9. Dalam laporannya, The Straits Times yang memetik Kementerian Luar Singapura, antara lain menyatakan Malaysia mencadangkan agar pemukiman diadakan pada 8 dan 9 April yang dipersetujui oleh republik itu. Pemukiman terbaharu ini sepatutnya diadakan pada November tahun lepas namun ditangguhkan.…









