GOMBAK – Seorang remaja lelaki yang bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Selayang Height, Batu Caves di sini menghadapi detik cemas apabila disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa, Muhammad Fazlee Abdullah, 17, didatangi oleh seorang lelaki warga tempatan semasa sedang bertugas berseorangan di kedai tersebut kira-kira pukul 7.35 pagi. “Lelaki tersebut yang memakai jaket serta…










