Pas perlu perjelas fakta, politik matang bukan politik dayus - Utusan Malaysia

Pas perlu perjelas fakta, politik matang bukan politik dayus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pas perlu memperjelaskan fakta sebenar termasuk mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan untuk menafikan RM1.4 juta dibayar kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, Pas juga bertanggungjawab membersihkan arena politik negara daripada amalan korup dan pembohongan selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh mengakui diarahkan untuk melakukan pembohongan.

Menurutnya, keadilan memandang berat tuduhan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan fitnah terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa membayar RM1.4 juta kepada pengasas Sarawak Report.

“Ini adalah rancangan tersusun pimpinan Pas untuk mengalihkan isu termasuk ancaman Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik untuk mengadakan solat hajat terhadap Anwar.

“Termasuk kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan bahawa Anwar hanya bercakap berdasarkan khabar angin sedangkan Pas mempunyai dokumen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, ini bukan politik matang yang digembar-gemburkan Pas sebaliknya hanya ‘politik dayus’ untuk menyerang Anwar.

Semalam, Rewcastle-Brown menjelaskan pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN