Pas gesa kerajaan ambil tindakan tegas kepada penghina nabi - Utusan Malaysia

Pas gesa kerajaan ambil tindakan tegas kepada penghina nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Mac – Pas hari ini menggesa kerajaan pusat agar mengambil tindakan lebih tegas kepada pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Mohd Asri Daud
Mohd Asri Daud 

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Mohd Asri Daud berkata perbuatan menghina nabi adalah satu tindakan melampau dan pelakunya wajar dikenakan hukuman berat.

Beliau yang ditemui selepas hadir di Perhimpunan Bantah Hina Nabi di Medan Ilmu di sini berkata hukuman berat itu sejajar dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Himpunan yang diadakan kira-kira 30 minit itu turut dihadiri wakil-wakil pemuda PAS, wakil NGO dan juga mahasiswa. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN