Pakistan dakwa dokumen India berasaskan media sosial - Utusan Malaysia

Pakistan dakwa dokumen India berasaskan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 28 Mac – Pakistan hari ini menolak dokumen yang diserahkan India berkaitan serangan bunuh diri yang hampir mencetuskan konflik pada awal bulan lalu dengan menyifatkan tuduhan kumpulan negara itu terlibat adalah tidak berasas.

Reuters melaporkan, sekurang-kurangnya 40 anggota keselamatan India terbunuh ketika seorang pengebom bunuh diri dari kumpulan militan, Jaish-e- Mohammad (JeM) menyerang konvoi pada 14 Februari lalu di Pulwama, Kashmir.

JeM mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut dan Pakistan mempertahankan bahawa kumpulan pemisah itu adalah dari bahagian Kashmir yang ditadbir India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kebanyakan dokumen yang diserahkan India adalah berdasarkan kandungan media sosial.

“54 individu yang sedang disiasat, tidak mempunyai kaitan dengan Pulwama setakat ini,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini