ISLAMABAD 4 Mac – Pakistan secara rasminya membuka semula kesemua ruang udaranya hari ini, beberapa selepas ditutup kepada semua penerbangan dari seluruh dunia menyebabkan ribuan pengguna terkandas.
Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan, semua lapangan terbang di seluruh negara ini kembali beroperasi seperti biasa selepas ruang udara dibuka semula.
Penutupan sebelum ini susulan konflik yang melanda India dan Pakistan menjejaskan banyak penerbangan antara Eropah dan Asia Tenggara. – AFP










