Pakistan buka semula sebahagian ruang udara - Utusan Malaysia

Pakistan buka semula sebahagian ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 1 Mac – Pakistan dijangka membuka semula sekatan ruang udaranya hari ini selepas ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia selepas Islamabad kelmarin menutupnya kerana ketengangan dengan negara jiranya, India,

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA), Aamir Mehboob berkata, pihaknya akan membuka ruang udara pada pukul enam petang ini waktu tempatan untuk penerbangan keluar masuk di lapangan terbang Islamabad, Peshawar, Karachi dan Quetta.

“Lapangan terbang lain akan dibuka secara beransur-ansur,” katanya.

CAA dalam akaun Twitter miliknya berkata, penumpang harus menyemak dengan syarikat penerbangan mereka untuk maklumat lanjut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN