Padah letak kenderaan berat sesuka hati - Utusan Malaysia

Padah letak kenderaan berat sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan tiga pemilik kenderaan berat meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di parkir awam mengundang padah selepas disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sekitar bandar raya ini semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kenderaan yang disita itu melibatkan sebuah lori, treler dan kontena dalam operasi di Seksyen 7 dan 24.

Katanya, penyitaan itu susulan kenderaan berat tersebut didapati telah menganggu lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua kenderaan itu akan dikompaun dan dikenakan caj tunda dengan nilai keseluruhan RM2,300.

“Penundaan itu dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, MBSA turut mengenakan caj baju penyimpanan di depoh milik mereka berjumlah RM50 sehari kepada pemilik kenderaan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini