IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini meneruskan operasi memadam kebakaran di Hutan Simpan Gunung Korbu di Sungai Siput pagi tadi dengan menggunakan kaedah bom air. Penolong Pengarah Bahagian Operasi yang juga merupakan komander operasi , Mohd. Yunus Abu berkata, kaedah itu dilaksanakan dengan menggunakan helikopter MI-17 milik JBPM yang melibatkan keluasan kebakaran 30 peratus dari kawasan hutan simpan itu, di antara kawasan Pos Legap dan Pos Mu.…










