KEK cawan yang sepatutnya menjadi rezeki bertukar menjadi kejian gara-gara bentuk makanan tersebut yang menyerupai objek seks. Ada ke patut buat hiasan berbentuk alat sulit lelaki dan payudara wanita pada makanan tersebut, melampau sungguh.
Jangan gunakan alasan makanan tersebut dihias mengikut konsep tema acara yang diinginkan iaitu pyjama (pakaian tidur). Ada banyak lagi hiasan yang boleh masuk akal daripada memilih

objek berkenaan dalam majlis sedemikian.
Kalaupun nak buat kelainan majlis yang dibuat untuk Nelydia Senrose berbanding majlis yang pernah diadakan orang lain sebelum ini, kenapa objek tersebut menjadi pilihan? Eh, pening pula nak fikir.
Ada yang mempertikaikan kepentingan majlis Bachelorette Party sebegitu yang mengikut budaya Barat. Kalau diikutkan majlis sebegitu seakan-akan sudah menjadi acara wajib pula dianjurkan buat seorang wanita sebelum mengakhiri zaman bujangnya.
Kawan baik Nelydia, Nadiyah Shahab antara yang dikecam warganet kerana menayangkan gambar kek cawan tersebut dalam Insta Story. Dia dikatakan menjadi punca tercetusnya isu kek cawan objek seks itu menerusi perkongsian dalam laman sosial.
Jadi apabila dia mendakwa Nelydia tidak wajar dipersalahkan kerana membenarkan kek cawan objek seks itu dalam majlisnya, orang luar makin marah. Tak apalah, yang sudah tu sudahlah. Ambil pengajaran.











