KUALA LUMPUR 28 Mac – Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail terus konsisten meraih kecemerlangan dengan terbaharu membawa pulang pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, sebentar tadi. Muhammad Hakimi yang masih segar dengan kecemerlangan dalam Kejohanan Olahraga Trek Klasik Queensland di Australia, minggu lalu meraih pingat emas pada hari ini dengan catatan 16.01 meter (m). Pingat perak menjadi milik atlet dari Filipina, Mark Harry Diones dengan catatan 15.96m…










