Muhammad Aiman kurang diterima, BN diramal menang PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

Muhammad Aiman kurang diterima, BN diramal menang PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Kurangnya penerimaan masyarakat terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali dijangka mampu memberi kelebihan buat Barisan Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Berdasarkan kajian yang dibuat agensi perundingan, Ilham Centre, Muhammad Aiman tidak mempunyai aura yang cukup kuat untuk menggalas peranan sebagai calon parti kerajaan di Semenyih dan hal itu terbukti apabila tahap penerimaan pengundi terhadapnya hanya sekadar 34.4 peratus.

Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal berkata, tahap penerimaan itu menjadi penanda aras yang Muhammad Aiman tidak mampu menyakinkan pengundi walaupun selepas usaha keras dilakukan jentera PH untuk mengangkat nama calon mereka itu.

“Segala usaha yang dilakukan oleh Muhammad Aiman kelihatan serba tidak menjadi dan menyebabkan peralihan perhatian kepada calon BN, Zakaria Hanafi. Kematangan calon menjadi kayu ukur penilaian pengundi.

“PH pula belum berjaya mewujudkan struktur jentera bersepadu antara keempat-empat parti komponen mereka dan hal ini boleh dilihat dengan jelas apabila susun atur program kempen dan koordinasi jentera tidak melambangkan PH sebagai kerajaan,” katanya menerusi kenyataan dalam laman web rasmi agensi tersebut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azlan menambah, PH tidak mempunyai pengarah berpusat untuk menyusun pola penempatan jentera kempen, penceritaan isu dibawa dan menangkis serangan pihak lawan.

Katanya, siri kempen pimpinan PH tidak memberi impak besar kepada pengundi dan hanya ceramah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya menarik perhatian masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN