KUALA LUMPUR 1 Mac – Ketua jurulatih skuad bola sepak bawah-23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu mengambil risiko, sebaliknya mahu meraih kelayakan secara automatik ke Piala AFC B-23 2020 di Bangkok, Thailand. Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah Kumpulan J pusingan kelayakan kejohanan tersebut bermula 22 hingga 26 Mac ini, perlu muncul juara kumpulan dengan mengatasi China, Filipina dan Laos untuk meraih slot automatik ke kejohanan…










