BARU-BARU ini penulis bersama sembilan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki melaksanakan misi kemanusiaan sempena musim sejuk yang dinamakan Selimut Untuk Syria 2.0. Berbanding tahun sebelum ini, program yang merupakan projek tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Turki (Masat) itu diadakan di tiga bandar yang memiliki bilangan pelarian teramai di Turki iaitu di sempadan Turki-Syria iaitu Hatay, Kilis dan Gaziantep. Selimut Untuk Syria 2.0 dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dalam diri pelajar,…










