Masa terpantas F1 dapat mata tambahan - Utusan Malaysia

Masa terpantas F1 dapat mata tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 9 Mac – Mulai kalendar Formula Satu (F1) 2019 jika cadangan ini diluluskan, pelumba yang mencatat masa terpantas satu pusingan ketika dalam perlumbaan sebenar akan mendapat mata tambahan.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata, satu majlis undian akan diadakan pada Isnin untuk mengetahui sama ada cadangan itu diterima atau tidak oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Jika ia mendapat lampu hijau tambah FIA, ia akan terus sahaja diguna-pakai pada perlumbaan pembuka tirai tahun ini iaitu di Grand Prix Australia hujung minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun pelumba yang berjaya mencatat masa terpantas itu perlu memenuhi satu syarat lain untuk dianugerahkan mata tambahan tersebut iaitu mesti menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 teratas.

Buat masa ini, juara setiap perlumbaan akan menerima 25 mata diikuti 18, 15, 12, 10, 8, 6, 4, 2 dan satu mata untuk kedudukan berikutnya.

Ia berbeza pada tahun 1958 apabila hanya pelumba lima teratas sahaja memperoleh mata ketika mata untuk masa terpantas diperkenalkan buat kali terakhir.

Mike Hawthorn muncul juara dunia ketika itu dengan mengetepikan Stirling Moss dengan kelebihan satu mata sahaja yakni yang disumbang menerusi mata yang diperoleh dua kali daripada catatan masa terpantas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini