Malawi tawar RM28,000 untuk henti pembunuhan albino - Utusan Malaysia

Malawi tawar RM28,000 untuk henti pembunuhan albino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLANTYRE 1 Mac – Malawi akan menawarkan ganjaran wang tunai hampir AS$7,000 (RM28,522) kepada pemberi maklumat tentang penculikan dan pembunuhan mereka yang mengalami albino di negara itu.

Reuters melaporkan, kepercayaan kepada ilmu hitam yang meluas di kawasan pedalaman Malawi menyebabkan ritual membunuh albino kerana percaya badan mereka dapat meningkatkan kekayaan.

Pembunuhan albino kembali menjadi tumpuan selepas kematian Yasin Phiri di hadapan anaknya pada awal tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, tangan mangsa dipotong, giginya dikeluarkan manakala bahagian sulitnya dipindahkan sehingga mendorong masyarakat tempatan dan antarabangsa menuntut tindakan kerajaan.

“Kerajaan akan memberi ganjaran K5 juta (RM28,000) kepada sesiapa yang memberi maklumat sahih berkaitan konspirasi menculik dan membunuh albino,” katan Presiden Malawi, Peter Mutharika dalam satu kenyataan hari ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN