Mahkamah khas perkahwinan beroperasi Mei ini - Utusan Malaysia

Mahkamah khas perkahwinan beroperasi Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang antara lain akan diberi kuasa menyita harta bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dijangka beroperasi pada Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, setakat ini proses pengoperasian mahkamah berada pada peringkat akhir bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung pentadbirannya, sebelum ia dibentangkan di mesyuarat Kabinet.

“Ia dah berada di peringkat akhir yang mana di pihak Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memberikan pandangan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi ia dah bersedia untuk diserahkan kepada peringkat Kabinet. Kalau sudah serahkan ke Kabinet ia makan masa dua hingga tiga minggu sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita 2019, di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan mahkamah tersebut menggambarkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membela nasib bekas isteri yang diabaikan bekas suami. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini