SHAH ALAM – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas berjaya menewaskan Selangor dengan keputusan 4-2 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Selatan mendahului saingan menerusi pemain import, Velazquez Leandro seawal minit ke-7 dan tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan tersebut hasil ledakan Diogo Luis Santo berselang enam minit kemudian. Selangor cuba bangkit dan berjaya merapatkan kedudukan hasil sepakan jarak jauh…










