Lesap RM41,400 diperdaya rakan Facebook - Utusan Malaysia

Lesap RM41,400 diperdaya rakan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang peniaga hasil laut di Jaya Gading dekat sini kerugian RM41,400 selepas diperdaya rakan lelaki yang baharu dikenali melalui laman Facebook pada akhir November tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita tersebut diperdaya untuk memasukkan jumlah wang berkenaan melalui 10 transaksi antara 11 hingga 22 Februari lalu bagi mendapatkan wang berjumlah AS$50,000 (RM200,000) seperti dijanjikan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berkenalan dengan suspek  menggunakan nama Haruna Mohammed di Facebook yang menyamar sebagai doktor di Syria.

“Dalam perbualan mereka di Facebook, suspek memberitahu bakal bersara dan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

“Suspek meminta pengadu (mangsa) menyimpan wang pencen berjumlah AS$50,000 dan akan menghantar wang tersebut melalui pos,” kata Mohd. Wazir.

Beliau menambah, mangsa kemudian dihubungi seorang wanita melalui talian 018-2798 912 yang memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat kurier di Johor.

Ujar Mohd. Wazir lagi, mangsa seterusnya diminta memasukkan wang ke dalam tiga akaun bank milik individu tidak dikenali untuk mendapatkan duit pencen tersebut.

“Sehingga tarikh laporan polis dibuat mangsa (semalam), wang pencen tersebut masih belum diterima dan pengadu berasa tertipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini