Lelaki warga Ireland ditemui di masjid - Utusan Malaysia

Lelaki warga Ireland ditemui di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang hilang sejak dua bulan lalu ditemui di Masjid Al-Masud, Jalan Damai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Superintenden Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 3 petang namun gagal mengingati apa-apa tentang dirinya sebelum dihantar ke Kedutaan Ireland di Jalan Ampang.

“Stephen dimasukkan ke wad psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pegawai penyiasat telah datang ke hospital bagi rakaman percakapan namun masih belum dibenarkan berjumpa lelaki tersebut kerana masih dalam rawatan.

“Bagaimapun, pegawai penyiasat berpeluang menemu ramah adiknya, Adrian dan dimaklumkan abangnya tidak mengingati apa-apa buat masa sekarang. Stephen tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya tubuhnya menjadi kurus berkemungkinan kerana tidak cukup makan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Stephen ditemukan dalam keadaan selamat setelah dua bulan hilang seperti yang dilaporkan melalui akaun Facebook “Help Find Stephen Warde – in Malaysia”

Stephen memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 November tahun lalu dan kali terakhir dilihat di Mercu Summer Suite, Jalan Sultan Ismail pada 28 Disember sebelum dilaporkan hilang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN