Lelaki maut dibaham singa peliharaan - Utusan Malaysia

Lelaki maut dibaham singa peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE 6 Mac – Seorang lelaki Republik Czech maut selepas dia dipercayai dibaham seekor singa peliharaan yang di­letakkan di dalam sangkar di belakang rumah keluarganya di timur negara ini, semalam.

Lapor BBC, Michal Prasek, 33, yang merupakan tuan kepada haiwan berusia sembilan tahun itu dan seekor lagi singa betina, ditemukan tidak bernyawa oleh bapanya dalam sebuah sangkar yang dikunci dari dalam.

Singa berkenaan yang diletakkan dalam sangkar berasingan ditembak mati oleh polis yang dipanggil ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap polis berkata, pihaknya perlu menembak haiwan tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan mayat Prasek di rumahnya dekat bandar Zdechov.

Lelaki itu membeli singa tersebut pada tahun 2016, manakala singa betina pula pada tahun lalu.

Permohonan Prasek untuk membina sangkar di kawasan rumahnya sebelum ini pernah ditolak pihak berkuasaa tempatan.

Pada masa yang sama, beliau juga pernah disaman atas ke­salahan pembiakan haiwan liar secara haram.

Konflik antara Prasek de­ngan pihak berkuasa menemui jalan buntu selepas dia menghalang orang luar daripada memasuki kawasan kediamannya.

Prasek juga pernah menjadi bualan ramai setelah seorang penunggang basikal bertembung dengan singa betina ketika dia membawa haiwan itu keluar bersiar-siar.

Sementara itu, Datuk Bandar Zdechov, Tomas Kocourek ber­anggapan, insiden serangan singa ke atas Prasek merupakan penyelesaian terhadap masalah yang membelenggu penduduk setelah bimbang akan keselamatan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini