TAPAH 28 Mac – Seorang lelaki maut manakala 14 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Batu 4, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini hari ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 12 tengahari itu ialah pemandu Perodua Alza, Mohd. Ayup Ab. Rahman, 55. Menurutnya, dalam kejadian itu, isteri dan enam anak mangsa berusia lingkungan sembilan hingga 23…










