BANGKOK 1 Mac – Sejumlah 51,419,975 pengundi yang layak termasuk 7,339,772 yang bakal mengundi buat kali pertama dijangka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Thailand yang dijadualkan pada 24 Mac. Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata setakat 1 Feb, terdapat 24,801,527 pengundi lelaki dan 26,618,448 pengundi wanita yang layak di negara ini. Kenyataan itu berkata terdapat 7,339,772 pengundi yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya kali…









