Laluan Cameron Highlands gugur - Utusan Malaysia

Laluan Cameron Highlands gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON Highlands, Pahang yang menjadi salah satu laluan utama pada perlumbaan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal digugurkan pada saingan edisi ke-24 yang dijadualkan membuka tirai pada 6 hingga 13 April depan.

Perkara tersebut didedahkan oleh jurulatih skuad berbasikal kebangsaan, Mohd. Yusof Abdul Nasir (gambar kecil) selepas menerima maklumat tersebut daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

“Menurut maklumat yang diterima, laluan Cameron Highlands tidak ada, namun perlumbaan akan memasuki kembali Genting Highlands. PKBM menyatakan bahawa laluan tersebut ialah laluan terbaharu buat masa sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa ini, latihan skuad kebangsaan lebih tertumpu kepada ujian ketahanan dan kita tidak memasuki latihan lain lagi terutamanya apabila mengetahui Cameron Highlands tidak termasuk dalam laluan perlumbaan.

“Kami tetap akan menjalani latihan di sana (Cameron Highlands) bagi latihan berbukit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan laluan di Pantai Timur turut diketepikan pada perlumbaan kali ini.

Sebagai rekod, sejak LTdL 2010, laluan Cameron Highlands pernah digugurkan sebanyak empat kali iaitu pada 2010, 2012, 2014 dan 2015.

Bagaimanapun, laluan tersebut kembali menjadi tumpuan utama sejak pengguguran laluan Genting Highlands sebagai laluan utama berstatus hors pada 2015.

Dalam pada itu, sumber dalaman LTdL 2019 mengesahkan penyingkiran Cameron Highlands selaku laluan utama disebabkan oleh masalah teknikal.

“Kita ada satu majlis pelancaran LTdL 2019 di Kementerian Belia dan Sukan minggu ini. Kita akan memberi jawapan kepada semua perkara berbangkit pada majlis berkenaan terma­suk laluan serta penglibatan pasukan Jelajah Dunia nanti,” kata sumber itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini