KUALA LUMPUR 15 Mac – Seorang kontraktor yang dipercayai bertindak memukul anjing dengan penyodok pasir November 2018 yang mana video kejadian tersebut tular dalam media sosial didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tang Hsu Maw, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor. Berdasarkan pertuduhan, Hsu Maw didakwa memukul seekor anjing Rottweiler hitam menggunakan penyodok pasir, di Taman Tayton View , Cheras, kira-kira…










