Kes Tibi di Malaysia menurun - Utusan Malaysia

Kes Tibi di Malaysia menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Trend penularan penyakit tuberkulosis atau tibi di Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus atau 25,837 kes pada tahun 2018 berbanding 26,168 kes pada tahun 2017.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini Selangor merekodkan kes tibi tertinggi dengan 5,071 kes dan diikuti Sabah iaitu 5,008 kes bagi tahun 2018. 

“Kadar kematian tibi pada tahun 2018 adalah 6.6 setiap 100,000 penduduk dan telah meningkat berbanding 6.5 setiap 100,000 penduduk pada tahun 2017. Untuk kes kematian, Sabah mencatat jumlah tertinggi iaitu 376 kes kematian dan diikuti Selangor 375 kes bagi tahun 2018. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, adalah penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian akibat penyakit tibi dan pada masa yang sama bagi mencegah penularan kepada orang lain,” katanya dalam kenyataan. 

Sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 Mac setiap tahun sebagai tanda mengingati penemuan bakteria Tibi pertama oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882, Noor Hisham berharap anggapan salah masyarakat terhadap penyakit ini dapat diperbetulkan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini