Kebakaran hutan Gebeng dijangka padam sepenuhnya Ahad ini - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan Gebeng dijangka padam sepenuhnya Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan hutan berhampiran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) Gebeng sejak Isnin lalu dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam sehari dua lagi, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad.

Katanya, setakat ini kawasan yang masih terbakar hanya berbaki kira-kira satu hektar.

“Anggota kami juga dalam proses membina parit pemisah bagi mengelakkan api daripada masuk ke kawasan lain sekiranya berlaku lagi kebakaran pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya mengesan kawasan kebakaran baharu seluas enam hektar di kawasan berhampiran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran pertanian memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan pertanian.

“Semasa tiba di lokasi yang baharu itu, kita dapati mereka sedang cuba memadamkan kebakaran itu sendiri dan pihak bomba juga telah menghantar bantuan pam air bagi mempercepatkan proses pemadaman api,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN