Kali kedua Muhyiddin tersasul sokong BN - Utusan Malaysia

Kali kedua Muhyiddin tersasul sokong BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 1 Mac – Kalau sudah tersemat di sanubari Barisan Nasional (BN) dalam diri, lompat ke parti mana sekali pun, BN tetap dihati.

Ini kali kedua Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) tersasul menyebut sokongan kepada BN dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Pertama, beliau tersasul sewaktu berucap di hadapan lebih 300 hadirin kaum India pada Malam Kebudayaan yang berlangsung di Bandar Rinching di sini baru-baru ini.

Kali kedua pula, hal ini berlaku pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat jentera pilihan raya PH di Bilik Gerakan PH di sini petang tadi.

“Ini dengan sokongan. sebab kerajaan Persekutuan adalah PH. Kerajaan negeri adalah PH. Kalau dilihat dari segi logiknya, tak kan pilih pembangkang.

“Tak suka pun, mahu tak mahu, tetap kena sokong Barisan (BN)… erm apa ni, pakatan (PH), kerana di sini ada faedah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN