Kadar jangka pendek kekal kukuh susupan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek kekal kukuh susupan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac. – Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM29.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.36 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional RM2 bilion untuk tujuh hari, RM2 bilion untuk 14 hari dan RM1 bilion untuk 21 hari, serta tender Qard RM6 bilion untuk tujuh hingga 31 hari.

Ia akan turut menjalankan Bil Antara Bank Bank Negara RM500 juta untuk 91 hari, Bil Antara Bank Bank Negara – Islam RM1 bilion untuk 30 hari dan tender Program Murabahah Komoditi RM1 bilion untuk 31 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM25 bilion dan tender semalaman Murabahah RM14.4 bilion. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN