DHAKA 29 Mac – Jumlah kematian dalam insiden kebakaran membabitkan bangunan pejabat pencakar langit di Bangladesh semamalam meningkat kepada 25 orang setakat ini. Difahamkan, pihak berkuasa akan menyoal siasat pemilik bangunan 22 tingkat itu selepas beratus-ratus pekerja terperangkap dalam kejadian terbabit. Sebahagian daripada mereka yang terperangkap berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan wayar kabel ke bangunan. Terdapat juga mangsa yang terjun daripada bangunan terbabit bagi menyelamatkan diri daripada api dan asap…










