BAHAGIAN SATU – ‘JENGKA Tiga Segi’, rancangan pembangunan wilayah pertama dan terbesar di Malaysia yang bermula pada 1966, merupakan sebuah projek raksasa yang menjadi impian Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi memajukan masyarakat di luar bandar. Bagi merealisasikan impian itu, Tun Abdul Razak menaiki helikopter bagi meninjau sendiri lokasi strategik yang masih dipenuhi hutan belantara tebal yang terletak di negeri kelahirannya sendiri meliputi tiga daerah, iaitu Maran, Jerantut dan Temerloh…










