JDT kongsi kisah belakang tabir - Utusan Malaysia

JDT kongsi kisah belakang tabir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac –  Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja semakin mengukuhkan kedudukan sebagai gergasi bola sepak tanah air, malah terus menjadi pelopor kepada pembaharuan dalam  Liga Malaysia (Liga M).

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan juara Liga Super lima musim berturut-turut itu bakal memperkenalkan program realiti televisyen (TV) khas buat peminat mereka.

Antara elemen utama program berkenaan adalah berkongsi kisah-kisah di belakang tabir, selain mengupas isu semasa bola sepak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Tunku Ismail, program seperti itu sudah dibuat  juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

“Siri realiti TV JDT. Ia bukan lakonan, kami akan memaparkan realiti, untuk peminat.

“Kami juga akan berkongsi kisah dan peristiwa yang tidak pernah diketahui, apa yang sebenarnya berlaku di kelab,” kata Tunku Ismail dalam Twitter.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), dalam program itu peminat dapat melihat kisah sebenar di belakang tabir bermula daripada bagaimana perjanjian dimeterai, masalah yang dita­ngani hingga kepada sesi pe­merahan otak atau ‘brainstorming’ pada lewat malam.

“Apa pandangan anda jika JDT FC mempunyai siri realiti TV sendiri?,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini