Isco tidak cukup cergas - Utusan Malaysia

Isco tidak cukup cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 10 Mac – Pengendali Real Madrid, Santiago Solari mengkritik tahap kecergasan Isco yang menyaksikan dia gagal mendapat tempat dalam skuad itu musim ini.

Isco, 26, hanya membuat lima penampilan dalam La Liga musim ini dan tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas Solari mengambil alih pasukan itu sejak Oktober lalu.

Pemain Sepanyol itu dilaporkan tidak bersama pemain lain semasa aksi menentang Ajax di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas digugurkan daripada aksi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solari bagaimanapun enggan memperbesarkan isu itu dan pengendali Argentina itu hanya memberitahu, Isco tidak cukup cergas.

“Masalah disiplin akan diuruskan pihak pengurusan.

“Untuk beraksi awak perlu cergas sepenuhnya dan kekal seperti itu,” katanya.

Madrid kini berada di kedudukan ketiga La Liga, 15 mata di belakang pendahulu, Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini