Ikatan sokong projek lebuh Raya Perak-Kedah - Utusan Malaysia

Ikatan sokong projek lebuh Raya Perak-Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Cadangan Kerajaan Negeri Kedah untuk membina lebuh raya Perak-Kedah tanpa melalui Pulau Pinang perlu direalisasikan untuk memastikan pembangunan secara adil.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, usaha itu juga dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran di kawasan pedalaman selain meningkatkan akses pengangkutan darat membabitkan tiga negeri iaitu Kedah, Perak dan Kelantan.

Selain cadangan pembinaan lebuhraya berkenaan, beliau berkata, usaha itu secara tidak langsung akan memberi impak besar terhadap sosio-ekonomi penduduk di pedalaman terutama di Baling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tertarik mengenai rancangan Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Luar Bandar untuk mengatasi kemiskinan dan membangunkan Daerah Baling dan pada saya kerajaan perlu bersungguh-sungguh menghidupkan semula projek di atas dan dilaksanakan secepat mungkin.

“Di samping cadangan lebuh raya ini, Kerajaan Persekutuan dan neegeri juga membuat keputusan lain bagi maksud yang sama iaitu mengatasi kemiskinan dan pengangguran di kawasan tersebut dengan memberi tumpuan kepada membangunkan Taman Industri di Kuala Ketil dan Kupang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhasrat untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri itu dan Perak yang dijangka memberi impak besar terhadap sosio-ekonomi penduduk di kawasan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini