Hutan berhampiran perkampungan Orang Asli terbakar - Utusan Malaysia

Hutan berhampiran perkampungan Orang Asli terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Hutan dianggarkan seluas lapan hektar di puncak bukit berhampiran Perkampungan Orang Asli Pos Legap di sini terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.24 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, kebakaran tersebut membabitkan puncak bukit yang dianggarkan seluas lapan hektar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketinggian kawasan kebakaran dianggarkan kira-kira 457 meter dan bomba sedang memohon pesawat unit udara untuk memantau jumlah keluasan sebenar kebakaran dari udara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambahnya, operasi pemadaman sedang dijalankan dan ia turut disertai Multi Skill Team (Musteam) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini