Hina agama Islam, Nabi: Jangan salah guna media sosial - Utusan Malaysia

Hina agama Islam, Nabi: Jangan salah guna media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac- Ekoran tindakan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam semakin berleluasa di media sosial baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas dengan memfailkan pertuduhan terhadap empat individu semalam.

Empat pemilik akaun Facebook dan Twitter itu adalah Ayea Yea, Alvin Chow333, Danny A’antonio Jr. dan Yazid Kong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keempat-empat individu berkenaan telah dituduh di dua lokasi berasingan iaitu tiga di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mereka dituduh mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat serta memudaratkan keharmonian dan perpaduan.

“Mereka jug didakwa mengikut Seksyen 505 (c) KK atas kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan serta kaum lain.

“Selain itu, keempat-empat pemilik laman sosial itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan dan rangkaian atau perkhidmatan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohamad Fuzi, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahguna media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang provokasi.

Tambahnya, tindakan itu dilihat mampu menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum di negara ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini