PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Pendidikan menyarankan pihak sekolah menghentikan aktiviti luar kelas berikutan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, surat peringatan sudah dikeluarkan kepada semua sekolah pada pertengahan bulan lalu. Menurutnya, beliau diberitahu terdapat beberapa sekolah yang telah menangguhkan hari sukan mereka. “Ini amat penting, sekarang kita menghadapi dengan keadaan cuaca panas. Kita harapkan pihak sekolah tidak banyak menganjurkan program di luar dan…










