Henti salahkan kerajaan terdahulu - Utusan Malaysia

Henti salahkan kerajaan terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Pakatan Harapan (PH) harus berhenti me­nyalahkan kerajaan terdahulu dan memberi tumpuan kepada proses pemulihan kewangan negara.

Pakar ekonomi Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob yang bakal menyertai Putra Business School pada 1 April ini berkata, sememang­nya kerajaan perlu melunaskan hutang namun perkara itu masih boleh dirun­ding semula supaya bayaran itu dapat dikurangkan.

ABU SOFIAN YAACOB
ABU SOFIAN YAACOB

Beliau malah berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula perbelanjaan agensi-agensi di bawahnya termasuk memotong perbelanjaan yang tidak perlu atau kritikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Misalnya, pembelian aset baharu seperti bas, van atau me­ngu­rangkan lawatan kerja ke luar negara yang mana maklumat boleh diperoleh melalui kedutaan negara berkenaan.

“Jangan asyik ulang laungan ‘kerajaan dahulu’, rakyat sudah muak mende­ngar kerajaan sekarang asyik menyalahkan pemerintahan terdahulu tetapi tidak nampak sebarang tindakan untuk memulihkan ekonomi dan sebagainya.

“Rakyat menilai melalui tindakan dan bukannya kata-kata,” jelas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat termasuk ke­semua 1.7 juta penjawat awam diminta berkorban dan ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara dan menyelesaikan hutang yang didakwa lebih RM1 trilion diwa­risi daripada kerajaan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini