VROOM! Peminat motosikal ada pelbagai kategori. Ada yang suka berkonvoi santai sambil buat kerja amal dan ada juga yang terlebih lasak menunggang scrambler merentasi belantara atau laluan off road.
Mengharungi cabaran berbukit, berlecak, berselut dan berair mungkin lebih mendatangkan kepuasan bagi peminat tegar motosikal lasak.
Manakan tidak, laluan yang mereka pilih memerlukan kemahiran mengendalikan jentera tersebut kerana salah langkah boleh mengundang kemalangan dan risiko kecederaan.
Hanya mereka yang berjiwa kental dapat mendepani cabaran tersebut.
Bagi Muhamad Anuar Maspan, menunggang motosikal lasak sudah jadi `mainan’. Aksi `terbang’, tergolek, terbalik semua sudah dirasainya.
Tetapi, apa yang membuatkan anak muda itu hampir pitam semasa mula-mula berjinak-jinak dengan aktiviti motosikal lasak?
Untuk mengetahui pengalaman Muhamad Anuar dan kumpulan motosikal lasaknya, dapatkan Utusan Malaysia esok (Sabtu) dan baca artikel dalam ruangan S2 2Roda bertajuk `Puas tunggang motor terbang’ dan ikuti video aksi mereka menerusi www.utusan.com.my.










