KUALA LUMPUR – Bintang sensasi olahraga negara, Muhammad Hakimi Ismail tidak berdepan masalah untuk menjuarai acara lompat kijang Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura dengan jarak lompatan sejauh 16.01 meter (m) sebentar tadi. Catatan dilakukan atlet berusia 28 tahun itu berjaya menewaskan pencabar utamanya dari Filipina, Mark Harry Diones yang meraih pingat perak selepas mencatatkan 15.96m. Pingat gangsa menjadi milik atlet Thailand, Pratchaya Tepparak dengan catatan 15.85m. Ia merupakan kejayaan kedua Hakimi…










