ILLINOIS 21 Mac- Seorang guru pendidikan awal kanak-kanak digantung kerja selepas bertindak mengarahkan dua pelajar, berusia empat dan lima tahun berbogel selama 10 minit.
Tindakan tersebut diambil pengetua program pendidikan awal Universiti Selatan Illinois ke atas guru berusia 26 tahun itu.
Seorang lagi guru berusia 41 tahun dikenakan tindakan sama kerana bersubahat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ibu bapa kedua-dua pelajar berkenaan membuat laporan polis sejurus menerima aduan daripada anak-anak mereka.-AGENSI











