BERLIN 7 Mac – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido menyeru Eropah meningkatkan sekatan kewangan terhadap rejim Presiden Nicolas Maduro, sehari selepas Caracas menyingkirkan Duta Jerman berikutan ‘campur tangan’. Guaido yang mengaku sebagai Presiden Interim pada Januari lalu, negara-negara Eropah ‘sepatutnya mengukuhkan sekatan kewangan terhadap rejim Maduro. “Komuniti antarabangsa perlu mencegah duit Venezuela daripada salah guna membunuh lawan kepada rejim dan orang-orang asli,” katanya dalam temu bual dengan berita mingguan Jerman,…










