Dua rumah teres di Taman Tan Yew Lai terbakar 60 peratus - Utusan Malaysia

Dua rumah teres di Taman Tan Yew Lai terbakar 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Dua buah rumah teres musnah 60 peratus dalam kebakaran di Jalan 4, Taman Tan Yew Lai, Cheras, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 petang sebelum 22 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran di dua buah rumah teres berkeluasan 3.72 meter persegi itu berjaya dikawal pada pukul 5.04 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.10 malam.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN