Dua lelaki menyamar jadi pegawai kementerian direman empat hari - Utusan Malaysia

Dua lelaki menyamar jadi pegawai kementerian direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih RM75,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Putrajaya, Noraisyah Mohd. Yusof mulai hari ini hingga 17 Mac depan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 25 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 4.40 petang di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah sumber lagi, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah bersubahat meminta suapan sebanyak RM75,000 sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kelulusan kuota pekerja asing oleh kementerian tersebut.

Susulan penahanan itu, SPRM juga telah menyita wang tunai berjumlah RM25,000, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen berkaitan daripada kedua-dua individu terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini