MELAKA 1 Mac – Sektor pelancong ke Melaka tidak terjejas meskipun negara dilanda cuaca panas dan kering ketika ini, kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhamad Jailani Khamis. Muhamad Jailani Khamis. Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan terutama daripada pemain industri perhotelan yang terjejas akibat daripada perubahan cuaca yang melanda seluruh negara malah menerima kehadiran menggalakkan terutama daripada pelancong barat. “Berbeza dengan kita, pelancong asing…










